Wednesday, January 30, 2008

Mampan UTeM




Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN )

1999 - 2009

MAMPAN adalah majlis induk melalui gabungan mahasiswa/i anak Negeri Pahang di 11 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 4 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ia ditubuhkan pada 6 November 1999 bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa/i dan pemimpin-pemimpin negeri. Di samping itu, penubuhannya juga adalah wadah kepada mahasiswa/i menyumbangkan tenaga dan idea secara lebih kolektif dan berkesan untuk faedah bukan sahaja kepada golongan pelajar malah masyarakat di Negeri Pahang secara keseluruhannya.

MAMPAN juga adalah satu bentuk jaringan perhubungan yang berterusan dan perkongsian yang pintar di antara mahasiswa/i dengan pemimpin-pemimpin melalui program-program kemasyarakatan yang dijalankan. YP selaku badan penaja dan penyelaras kepada MAMPAN telah memperuntukkan geran tahunan sebanyak RM15,000 kepada persatuan ini dan RM5,000 kepada setiap IPTA/S untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang diluluskan oleh YP.

Pada Januari 2002, YAB Menteri Besar Pahang telah melancarkan ALUMNI MAMPAN khusus untuk ahli-ahli MAMPAN yang telah menamatkan pengajian mereka di IPTA/S. Alumni MAMPAN ini diwujudkan sebagai penyambung wadah tenaga intelektual dan profesional anak-anak Pahang untuk terus memberikan sumbangan dalam usaha membangunkan dan memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur.

MAMPAN UTeM

Pada Tahun 2007, Pengerusi penaja MAMPAN UTeM yg juga merupakan Mantan Presiden Sekretariat Mampan Pahang, Saudara Mohd Zharif Bin A. Rahim telah menghantar permohonan ke Yayasan Pahang untuk para pelajar anak - anak pahang di UTeM mendapat geran peruntukkan yang sama seperti di IPT lain untuk melaksanakan program - program dan memberi ruang untuk pelajar pahang di UTeM menyertai program MAMPAN induk.

Pada tahun 2008 permohonan tersebut telah diluluskan oleh YH Dato' Saariah Bt Saad Pengurus Besar Yayasan Pahang setelah permohonan tersebut disokong penuh oleh Majlis Kerja Mampan dan Pemangku Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang.

Walaubagaimanapun, Setelah hasil perbincangan di unit Hal ehwal pelajar UTeM ketika itu, persatuan yg bersifat perkauman dan kenegerian tidak boleh ditubuhkan. Maka, pertubuhan ini tidak boleh menggunakan kemudahan sama seperti persatuan berdaftar yang lain termasuk kemudahan pengiklanan.

Di peringkat Yayasan Pahang pula, persatuan ini mempunyai access yang sama seperti persatuan anak pahang yang lain.