Monday, December 1, 2008

KKDO MAMPAN UTeM


Pada 28 - 30 Nov 2008, Mampan UTeM telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Organisasi (KKDO) dan Mesyuarat Agung Kali pertama. Program berkenaan yang telah berlangsung di Suntiana Beach Resort, Tg Lumpur Kuantan telah berjalan dgn baik.
Pengisian program berkenaan ialah ceramah protokol yang telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Ust. Khairul Anuwar Bin Abu Bakar yang juga merupakan pegawai protokol dan Polis Bantuan di kuantan. Terdapat juga sesi perkenalan kepada MAMPAN yang telah disampaikan pengerusi penaja Saudara Mohd Zharif Bin A. Rahim yg juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Kerja Mampan (Mampan Induk).

Di samping itu juga terdapat sesi bersama Exco - Exco Majlis Kerja Mampan(MKM) yang lain selama 3 jam. Exco - exco MKM terdiri daripada perwakilan khas dari setiap universiti yang mempunyai persatuan anak pahang. Pada masa itu juga Presiden MAMPAN Saudara Zul Fadzli Shamsudin yang merupakan seorang pelajar undang - undang UiTM telah memberikan ucapan ringkas kepada para peserta. Jumlah keseluruhan peserta ketika itu ialah 35 org.

Terdapat juga sesi perbincangan isu - isu semasa dikalangan peserta yang telah memberikan input - input yg sgt berguna.

Semoga program ini dapat di teruskan lagi di masa yang akan datang.



Ceramah Asas Protokol

Sesi Pengenalan MAMPAN

Tuesday, July 1, 2008

1300 Mahasiswa Telah Berkumpul


Program Wacana Pendidikan Bersama YBhg Dato' Sri Nazir Tun Abdul Razak telah berjalan dengan lancar. Pada Bulan Jun 2008, Satu program besar telah diadakan di Putrajaya International Convension Center (PICC).

Program yg dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah dihadiri oleh 1300 peserta di kalangan mahasiswa yg 100% merupakan warga pahang.

Dewan PICC telah mencipta sejarah apabila kali kedua lagu Negeri Pahang telah dinyanyikan dengan semangat oleh para peserta. program yang mendapat tajaan Yayasan Pahang itu telah di uruskan oleh Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) selama 2 bulan lamanya.

YAB Menteri Besar telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Kerja Mampan diatas pencapaian program tersebut. Para peserta mula bertolak dari daerah masing - masing dgn menaiki bas yang disediakan. Program ini tidak mengenakan apa - apa bayaran sama seperti program - program sebelumnya. Para peserta telah menginap di Kolej Kediaman di Universiti Putra Malaysia.

Selepas program tamat, para peserta dibawa mengunjungi sekitar putrajaya dan pulang ke daerah masing - masing keesokkan harinya.

Wednesday, January 30, 2008

Mampan UTeM




Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN )

1999 - 2009

MAMPAN adalah majlis induk melalui gabungan mahasiswa/i anak Negeri Pahang di 11 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 4 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ia ditubuhkan pada 6 November 1999 bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa/i dan pemimpin-pemimpin negeri. Di samping itu, penubuhannya juga adalah wadah kepada mahasiswa/i menyumbangkan tenaga dan idea secara lebih kolektif dan berkesan untuk faedah bukan sahaja kepada golongan pelajar malah masyarakat di Negeri Pahang secara keseluruhannya.

MAMPAN juga adalah satu bentuk jaringan perhubungan yang berterusan dan perkongsian yang pintar di antara mahasiswa/i dengan pemimpin-pemimpin melalui program-program kemasyarakatan yang dijalankan. YP selaku badan penaja dan penyelaras kepada MAMPAN telah memperuntukkan geran tahunan sebanyak RM15,000 kepada persatuan ini dan RM5,000 kepada setiap IPTA/S untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang diluluskan oleh YP.

Pada Januari 2002, YAB Menteri Besar Pahang telah melancarkan ALUMNI MAMPAN khusus untuk ahli-ahli MAMPAN yang telah menamatkan pengajian mereka di IPTA/S. Alumni MAMPAN ini diwujudkan sebagai penyambung wadah tenaga intelektual dan profesional anak-anak Pahang untuk terus memberikan sumbangan dalam usaha membangunkan dan memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur.

MAMPAN UTeM

Pada Tahun 2007, Pengerusi penaja MAMPAN UTeM yg juga merupakan Mantan Presiden Sekretariat Mampan Pahang, Saudara Mohd Zharif Bin A. Rahim telah menghantar permohonan ke Yayasan Pahang untuk para pelajar anak - anak pahang di UTeM mendapat geran peruntukkan yang sama seperti di IPT lain untuk melaksanakan program - program dan memberi ruang untuk pelajar pahang di UTeM menyertai program MAMPAN induk.

Pada tahun 2008 permohonan tersebut telah diluluskan oleh YH Dato' Saariah Bt Saad Pengurus Besar Yayasan Pahang setelah permohonan tersebut disokong penuh oleh Majlis Kerja Mampan dan Pemangku Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang.

Walaubagaimanapun, Setelah hasil perbincangan di unit Hal ehwal pelajar UTeM ketika itu, persatuan yg bersifat perkauman dan kenegerian tidak boleh ditubuhkan. Maka, pertubuhan ini tidak boleh menggunakan kemudahan sama seperti persatuan berdaftar yang lain termasuk kemudahan pengiklanan.

Di peringkat Yayasan Pahang pula, persatuan ini mempunyai access yang sama seperti persatuan anak pahang yang lain.