Tuesday, March 2, 2010

Perhimpunan Majlis Mahasiswa Anak Pahang

Perhimpunan Mahasiswa Pahang Bersama YAB Menteri Besar dan Pelancaran Sedekad Mampan

Tarikh:
7 Mac 2010 (Ahad)

Tempat:
MMU Cyberjaya



Kepada Anak Pahang UTeM, Kuota disediakan adalah 80 Orang.
Sekiranya Berminat sila hubungi dan hantarkan sms (Nama, No K/P, Kolej Kediaman) Anda kepada Ajen Pendaftaran:

AZMIN (0136243173) / ARBAEYAH (0136241795)


Pengisian program:

SYARAHAN OLEH:

· YH DATO’ SRI FARID RIDZUAN (CEO MEDIA PRIMA BERHAD).
· YBHG PROF. DATO’ DR. SHEIKH OMAR ABD RAHMAN (UPM).

SESI DIALOG & PERASMIAN OLEH:

YAB DATO’ SRI HJ ADNAN BIN HJ YAAKOB

MENTERI BESAR PAHANG.

Daftar Segera!!

Monday, May 25, 2009

4 Wakil Anak Pahang UTeM ke Cameron Highlands



Kursus Kepimpinan Mampan 2009


Pada 19 - 22 Mei 2009 Majlis Mahasiswa Anak - Anak Pahang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Mampan yang bertempat di Villa Dahlia, Cameron Highlands Pahang.


Program selama 4 hari itu, telah dipenuhi dgn berbagai aktiviti. Program yang mendapat tajaan Yayasan Pahang itu, telah disertai oleh 60 perwakilan Anak Pahang di setiap IPT yang bernaung dibawah Mampan. Para peserta telah bertolak dari kuantan menaiki bas yang disewa khas ke sana.


Sesi ceramah oleh beberapa tokoh hebat telah memberikan byk input berguna. Antara Penceramah - penceramah tersebut ialah, Prof. Izzudin Hj Ali pensyarah dan Motivator terkenal (renung2kan dan selamat beramal..), YB Norol Azali Sulaiman Ahli dewan undangan Negeri kawasan Guai, En.Mustafa Hj Long Pegawai Khas YAB Menteri Besar, En.Wan Emril Nizam Pensyarah kipsas yang merupakan Mantan Presiden Mampan, En.Ali Bin Abd Razak Pen. Pengarah BTN putrajaya, Ust Khairul Anuwar Abu Bakar Pen. Pengurus Yayasan Pahang dan lain - lain lagi.


Terdapat juga sesi lawatan ke jabatan - jabatan kerajaan seperti MARDI, Jabatan Bekalan Air, Mahkamah, Jabatan pelajaran, dan byk lagi. Tujuan lawatan - lawatan tersebut diadakan ialah bertujuan untuk membina Networking agar MAMPAN dan persatuan pelajar boleh memohon bantuan pada masa yang akan dtg.


Wakil Anak Pahang UTeM yang telah menyertai kursus tersebut ialah:


1. Mohd Zharif A. Rahim (MKM)

2. Nurul Ayunni Bt Abdul Latif

3. Nurul Arbaeyah Bt Ahmad Yassin

4. Azmin Bin Ahmad


Program - program seumpama ini sememangnya senantiasa dianjurkan oleh badan - badan kerajaan dan MAMPAN. Semoga program seumpama ini akan menarik minat belia dan mahasiswa khususnya untuk turut serta pada masa yang akan datang.


Saudara Zharif yg dilihat sedang berbincang bersama Saudara Yassin dari UKM.

Para Peserta Kursus.


Thursday, May 14, 2009

Pendaftaran Mampan UTeM


Pendaftaran Keahlian:

Klik Dibawah

Mampan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


Pendaftaran ini adalah untuk memudahkan pihak pengurusan memaklumkan anda sekiranya terdapat program - program yang dianjurkan.

Monday, December 1, 2008

KKDO MAMPAN UTeM


Pada 28 - 30 Nov 2008, Mampan UTeM telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Organisasi (KKDO) dan Mesyuarat Agung Kali pertama. Program berkenaan yang telah berlangsung di Suntiana Beach Resort, Tg Lumpur Kuantan telah berjalan dgn baik.
Pengisian program berkenaan ialah ceramah protokol yang telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Ust. Khairul Anuwar Bin Abu Bakar yang juga merupakan pegawai protokol dan Polis Bantuan di kuantan. Terdapat juga sesi perkenalan kepada MAMPAN yang telah disampaikan pengerusi penaja Saudara Mohd Zharif Bin A. Rahim yg juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Kerja Mampan (Mampan Induk).

Di samping itu juga terdapat sesi bersama Exco - Exco Majlis Kerja Mampan(MKM) yang lain selama 3 jam. Exco - exco MKM terdiri daripada perwakilan khas dari setiap universiti yang mempunyai persatuan anak pahang. Pada masa itu juga Presiden MAMPAN Saudara Zul Fadzli Shamsudin yang merupakan seorang pelajar undang - undang UiTM telah memberikan ucapan ringkas kepada para peserta. Jumlah keseluruhan peserta ketika itu ialah 35 org.

Terdapat juga sesi perbincangan isu - isu semasa dikalangan peserta yang telah memberikan input - input yg sgt berguna.

Semoga program ini dapat di teruskan lagi di masa yang akan datang.



Ceramah Asas Protokol

Sesi Pengenalan MAMPAN

Tuesday, July 1, 2008

1300 Mahasiswa Telah Berkumpul


Program Wacana Pendidikan Bersama YBhg Dato' Sri Nazir Tun Abdul Razak telah berjalan dengan lancar. Pada Bulan Jun 2008, Satu program besar telah diadakan di Putrajaya International Convension Center (PICC).

Program yg dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah dihadiri oleh 1300 peserta di kalangan mahasiswa yg 100% merupakan warga pahang.

Dewan PICC telah mencipta sejarah apabila kali kedua lagu Negeri Pahang telah dinyanyikan dengan semangat oleh para peserta. program yang mendapat tajaan Yayasan Pahang itu telah di uruskan oleh Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) selama 2 bulan lamanya.

YAB Menteri Besar telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Kerja Mampan diatas pencapaian program tersebut. Para peserta mula bertolak dari daerah masing - masing dgn menaiki bas yang disediakan. Program ini tidak mengenakan apa - apa bayaran sama seperti program - program sebelumnya. Para peserta telah menginap di Kolej Kediaman di Universiti Putra Malaysia.

Selepas program tamat, para peserta dibawa mengunjungi sekitar putrajaya dan pulang ke daerah masing - masing keesokkan harinya.