Monday, May 25, 2009

4 Wakil Anak Pahang UTeM ke Cameron Highlands



Kursus Kepimpinan Mampan 2009


Pada 19 - 22 Mei 2009 Majlis Mahasiswa Anak - Anak Pahang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Mampan yang bertempat di Villa Dahlia, Cameron Highlands Pahang.


Program selama 4 hari itu, telah dipenuhi dgn berbagai aktiviti. Program yang mendapat tajaan Yayasan Pahang itu, telah disertai oleh 60 perwakilan Anak Pahang di setiap IPT yang bernaung dibawah Mampan. Para peserta telah bertolak dari kuantan menaiki bas yang disewa khas ke sana.


Sesi ceramah oleh beberapa tokoh hebat telah memberikan byk input berguna. Antara Penceramah - penceramah tersebut ialah, Prof. Izzudin Hj Ali pensyarah dan Motivator terkenal (renung2kan dan selamat beramal..), YB Norol Azali Sulaiman Ahli dewan undangan Negeri kawasan Guai, En.Mustafa Hj Long Pegawai Khas YAB Menteri Besar, En.Wan Emril Nizam Pensyarah kipsas yang merupakan Mantan Presiden Mampan, En.Ali Bin Abd Razak Pen. Pengarah BTN putrajaya, Ust Khairul Anuwar Abu Bakar Pen. Pengurus Yayasan Pahang dan lain - lain lagi.


Terdapat juga sesi lawatan ke jabatan - jabatan kerajaan seperti MARDI, Jabatan Bekalan Air, Mahkamah, Jabatan pelajaran, dan byk lagi. Tujuan lawatan - lawatan tersebut diadakan ialah bertujuan untuk membina Networking agar MAMPAN dan persatuan pelajar boleh memohon bantuan pada masa yang akan dtg.


Wakil Anak Pahang UTeM yang telah menyertai kursus tersebut ialah:


1. Mohd Zharif A. Rahim (MKM)

2. Nurul Ayunni Bt Abdul Latif

3. Nurul Arbaeyah Bt Ahmad Yassin

4. Azmin Bin Ahmad


Program - program seumpama ini sememangnya senantiasa dianjurkan oleh badan - badan kerajaan dan MAMPAN. Semoga program seumpama ini akan menarik minat belia dan mahasiswa khususnya untuk turut serta pada masa yang akan datang.


Saudara Zharif yg dilihat sedang berbincang bersama Saudara Yassin dari UKM.

Para Peserta Kursus.


No comments:

Post a Comment